Sunday, September 28, 2008

Koleksi Balakong II...

Setelah Diminta seorang rakan untuk menyiapkan cerita sambungan ini..maka saya cuba le membuat sambungan daripada episod pertama hari tu...Iaitu kisah 3 pendeka,F-rid,f-zie,F-nal..

Setelah bersetuju..akhirnya mereka pun tinggal lah di balakong buat sementara waktu..Rumah mereka agak tinggi kedudukannya..malah setekat nie yang paling tinggi..di puncak gunung..5 tingkat tingginya..tp xmengapalah..sebab mereka mempunyai ilmu sakti..itu bukan lah satu masalah besar..

Setelah hampir dua bulan Menetap disana..dengar khabarnya..ada seorang penjahat..yang teramat jahat orangnya..berasal dari korea yang akan datang mencabar mereka..Dengar cerita nya orangnya tidak lah tinggi mana..tidak lah sehensem mana...namanya M..M??apa tu..Maggie ke??Milo ke??x dipastikan pula dari mana datangnya nama M itu...apa pun..apa yang mereka harapkan... M itu tidak lah mempunyai senjata canggih seperti nikon D90 atau yang seangkatan dengan nya..Sebab..senjata itu terlalu bahaya buat mereka..mereka xmampu nak melawan..Bersambung..

Dah lama Benar kira...

Dah lama benar kiranya aku x update blog..tu le tajuk..dah tu le ayat pertama yang korang baca..hari nie bila aku buka ..ada 2 komen baru yang sebelum ini xpernah aku jumpa..seorang bernama K..dah seorang lagi bernama cempaka..

emm..cempaka..nampaknya..sekuntum lagi nama yang bertemakan bunga..tp xpasti le sama ada ia ada kaitan dengan si Melati atau tidak..tp xkisah le..salam perkenalan dari hamba..

Dikesempatan ini..ingin mengucapkan pada rakan2 semua"
Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...Jangan Main mercun...Ekk..

jaga Diri Elok2 Semua Rakan2..xkira le yang berada Dekat Malaysia,Korea,Udara,Darat,Lautan,Dalam Tanah,Atas tanah...DAn Maafkan le jika ada tersalah dan tersilap..

Wednesday, September 10, 2008

Cam mana nak tension-kan Roomate dengan cara berkesan..

Setelah 3 bulan bulan kaji selidik..nie le hasil yang diperolehi...

1. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

2. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

3. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

Tuesday, September 9, 2008

Sebuah Fakta...yang agak mencurigakan...??

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Wednesday, September 3, 2008

Sebuah Cerita Dogeng....Koleksi Balakong..edisi 1..

Pada beberapa bulan yang lalu...Setelah Tamat pengajian ilmu kependekaran, 3 sekawan yang berkuasa sakti telah mengambil keputusan untuk tinggal diBalakong buat sementara waktu.....mereka terdiri daripada pendekar F-zie,F-Rid,F-Nal..sungguh pun nama-nama mereka bermula dengan huruf F..tidak le bermakna mereka selalu gagal dalam Ujian yang dibuat..skali skala mungkin ada le..maka sebelum mereka berpindah kesana..mereka pun berbincang le..
F-Rid:"aku tgk td ada iklan...Rumah Untuk Disewa...Balakong"
F-NAl:"Balakong??tempat apa itu..Bala-Kong??Aku xrasa ia suatu tempat yang boleh diduduki..Sungguhpun kita mempunyai ilmu sakti...tp mana mungkin kita mampu melawan Kingkong...tu satu bala....baik kita xyah tinggal sana...
F-zie:"Kingkong??mana lak datang kingkong??aku rasa tempat tu tempat duit"
F-rid:"Nape lak??"
F-ZIE:"sebab nama dia balakong...Balak-ong..ada balak..tebang..dapat duit..."
F-RID:"oOo..Tp aku xrasa cam tu..aku rasa Balakong tu tu diambil dapat nama sempena nama blanqko..Seorang TOk Mudim yang disegani sebab tidak pernah gagal menjalankan tugasNya..Potong Mesti Putus punya.."
F-Nal:"Apa kaitan lak....??"
F-rid:"Masa dulu2..Budak2 kat situ takut sangat..so diorang memang cuak le lagi2 yang belum lagi..kena2 lak waktu cuti sekolah..isk2..luar biasa cuaknya...nak dipendekkan cerita..ada le mamat nie belum lagi...umur dah tua..tp belum...isk2..so bila tau cam tu..satu kg kejor..so mamat tu pun lari le..sambil lari sambil jerit balakong..balakong..dia nak sebut blanqko..tp sebab pelat..jd le balakong..tu le cita yang aku dapat tau dari kawan aku google..."
F-NAl:"ooo..Nasib baik aku dah..".
So mereka pun bersetuju untuk tinggal disana...Bersambung..

Today is Wednesday....

Today is Wednesday...and of course tomorrow is thuesday...if some one ask me.."Hey Fizi...What do you think about today?? is special to you??" First i will said in my heart "Asal mamat nie..dok tanya macam nie..sengal ke apa....?? then i will said " i not sure le bro..but i think we all should grateful because we still a life until today..." Maybe he will said.."OOO...Baru Balik keja ke??sah mamat nie berdarah OOO but yesterday is zainal birthday....we should hentam him...should we??? So the question is....today is Wednesday...tomorrow is thuesday...yesterday is...i know le that was tuesday right..but whom name of the person who spoke with me??

Monday, September 1, 2008

SALAM Ramadhan......

Sedar xsedar....hari nie dah masuk bulan puasa...syukur...aku masih lagi leh bernafas hingga ke saat ini..harap2 puasa tahun nie aku dapat jalani dengan lebih baik lagi....tahun nie 1 ramadhan bersamaa dengan 1 september...kira waktu yang amat sesuai untuk berubah..dah pastinya perubahan itu ke arah kebaikan le hendaknya.....Apa2 pun..dikesempatan ini...nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan....harap ia dapat menjadi satu titik tolok buat kita untuk berubah menjadi lebih baik lagi...kalau bulan ramadhan pun xleh berubah..bila lagi ye x??