Friday, October 31, 2008

Xakan nak cita duk laut lg..bosan le..Apa leh buat..

Hari cam biasa le..keja aku..duk atas kapal..repair2 komputer..check2 network..dan keadaan aku bertambah baik disini..aku dah makin ramai mengenali mereka yang berkerja kat atas kapal nie..
Antara kenalan baru dan mereka yang aku mula rapat di sini adalah Dr Azizul,warehouse(Mat Boh),diaorang dua orang nie kira dah leh tahap lepak2 dan nak minta ubat atau barang kat warehouse dengan mudah le selain Chef yang aku selalu lepak tu..lagi..CApten dan OCS..hmm..mereka nie agak susah nak rapat..sebab muka selalu serius je..tp kadang2 aku tgk..cam diorang pun ada hati nak bergurau senda..haha..so harap aku dapat le baik dgn diaorang..kat sini..aku dpt melihat byk gelagat orang..hehe..kadang2 buat aku rasa pening kepala..tp aku tetp aku..dan pesanan aku kat korang semua..jagn cepat menilai orang..First impresion memang akan wujud..tp jgn bergantung pada itu semata..kadang2..ko nampak mamat 2 baik je..tp susah nak bwk berbincang..berlagak nak mampus..kadang2 nampak muka dia cam Keret je..tp bila ada masalah..dia lagi faham..hehe..Ingat lepas nie..nak sambung untuk siapkan novel aku yang terbengkalai tu..xtau le..tp mampu ke aku buat novel??cam poyo je bunyi dia kan..entah le En Fizie..Apa2 hal pun..apa2 hal pun..dalam masa sebulan 2 nie..aku harap..aku dapat kenal setiap orang kat atas kapal nie...dan lagi satu..aku rasa Inglish aku pun dah ada improvement le kot...sebab asyik kena antar email je guna Bi..cakap pun dalm tepon kena guna bI..so i dont have any choice..Let rock baby...haha

Tuesday, October 28, 2008

Pengalaman 14 hari jd orang laut....

wah..hari nie dah 14 (dah 6 Hari aku keja sorang2 kat atas kapal sebagai MIS,sebelum nie ada Apple) hari aku jd orang laut..byk benda baru yang aku belajar..Dan hari nie aku dah start untuk mengenali dunia baru yang akan ku tempoh..mungkin untuk jangka waktu yang agak lama..

Salah satu pengalaman yang xdapat ku lupakan adalah aku terpaksa call orang Uk..wah bukan main berterabur lagi BI aku..baru aku tau..begitu pentingnya Bahasa inggeris..huhu..seterusnya..pada 24/10/2008..aku terpaksa bekerja dengan orang filipina..hampir 2 hari aku bersama dengan dia..nak xnak terpaksa le guna BI..aku xtau le..berapa byk aku punya BI tunggang langgang..aku telan sahaja..Nasib le dia paham apa yang aku cakap..kalau dia xfaham..lantak le..Tp keadaan nie buat aku teringat cita the terminal..kisah seorang lelaki yang terperangkap kat lapangan terbang di negara yang dia xreti nak cakap..tp last2 dia berjaya gak bertutur dalam bahasa 2 setelah keadaan memaksanya..so aku anggap ia satu peluang aku menguasai bahasa inggeris..sebab skrang bila nak buat report,nak cakap dgn mat salleh..semua kena dalam BI..huhu..nak xnak..kena le belajar...

Hari nie juga satu lagi pengalaman baru aku dapat..aku belajar masak Western Food..Nasib le masa Apple ada hari 2 sempat baik dgn chef kat sini...Hari nie belajar masak stick dan Stew..huhuh..brother yang ajar aku tu pun sempoi je..byk pengalaman yang dia cita masa aku dgn apple ada kat atas kapal nie hari 2..isk2..harap nanti masa naik darat..aku dapat masak le apa yang aku dah belajar 2..

Aku bersyukur sebab aku diberi peluang untuk keja tempat cam nie...byk benda yang aku belajar..aku juga nak berterima kasih pada Apple,latip,Izat,Ablen,Farid,ijoy,Zainal..Family aku..awek aku..yang sentiasa menyokong aku..tanpa kalian..aku xtau le..leh sewel gak agaknya..

Monday, October 13, 2008

11.10.2008..Bermulanya hidup orang laut..Offshore

Hari nie..satu lagi pengalaman baru dalam hidupku..sebab hari ini aku akan bertolak menaiki bot untuk ke kapal yang aku akan habiskan masa ku selama 2 bulan disana....aku pun xtau apa perasaan aku..lantak le..layan je la kot..tp bagi mereka yang baru cam aku..byk benda gak kena ada..iaitu

  1. passport antarabangsa
  2. safety passport (dapat selepas attende safety cos)
  3. baju coverall (baju cam sheikh muzaffar pakai tu..)poyo je
  4. safety helmet

selepas 4 jam menaiki bot(jangan lupa makan ubat muntah),aku sampai gak..wah....besar gak kapal dia..cam titanic..ye ke..?? aku pun xpernah tgk kapal titanic..tp besar le..keseluran krew ada 215(termasuk aku)..sampai kat sana..sebagai super duper junior..aku kena le jumpa orang safety kat sana..pastu baru le di bawa kebilik(nasib aku baik sebab ada member kat sana..apple..dia le byk tolong aku..tanpa dia mesti aku jd cam siput...heheh)....best bilik dia.sempoi..ada econ.. so pada hari nie..bermula le hidup aku menjadi orang laut....


6.10.2008 - 9.10.2008 safety cos..safe sangat ke??bleh le kot..

Hari ini dan seterusnya...Aku dijadualkan untuk attende Safety cos...wah..byk gak pengalaman baru aku belajar...sesuatu benda yang aku xpernah tau selama nie..aku belajar tentang gas H2S..iaitu satu jenis gas yang merbahaya..yang boleh membawa maut, kecacatan, kemandulan, dan penderitaan buat isteri jika suami mereka terdedah kepada gas itu terlalu byk...isk2 seram gak aku dengar..
Selain itu, aku juga didedahkan dengan pengalaman sekiranya berlaku kecemasan di pelantar @ kapal @ dalam helicopter...so waktu itu aku diberi peluang mencuba pelbagai jenis safety jaket..dan bernafas menggunkan balang oksigen....walau pun rasa agak best..namun aku berdoa le pada Allah..supaya jauh le dari peristiwa yang benar2 berlaku...
So sepanjang 4 hari tu..memang penat le..kena selam dalam air, kena redah asap tebal,kena padamkan api, naik bot dll..apa2 pun..ia suatu pengalaman yang sangat berharga buat aku...walau pun penat..tapi rasanya sangat bebaloi...

5.10.2008 pengembaraan seorang diri..

Hari nie..bermula le satu lagi perubahan dalam hidup ku..hari nie aku aku telah berangkat ke Sarawak..dan buat pertama dalam hidupku..aku akan bergerak secara sendiri ke sarawak tanpa ada teman untuk gelak ketawa bersama @ cuci mata sama-sama...flight jam 3 petang ..dan pada jam 5.15 petang aku telah selamat sampai di Sarawak..

Sampai di Sarawak..Hanya telefon yang jd penghubung antara aku dgn orang yang akan menguruskan transport dan penginapan aku disana..di sana aku menginap dihotel Sumerset,hotelnya bukan le diketogerikan sebagai hotel mewah..tetapi kira selasa le untuk aku menginap beberapa hari disana...pada hari pertama..xada aktiviti yang aku buat selain dari tengok tv dan berehat-rehat..cuma aku agak kompius le waktu solat dia..sampai skrang pun aku agak xtau waktu sebenar solat dia..kadang aku main bedal je ikut waktu semenanjung..apa leh buat..musafir le katakan..